Permainan Tradisional Melayu.

Photobucket

♥ Saturday, June 28, 2008 @ 12:14 AM

Perasaan & Reaksi

Saya rasa ghairah sekali untuk memulakan kajian saya mengenai permainan tradisional melayu kerana banyak yang saya akan dapat pelajari.Pada mulanya,agak terkejut apabila diberitahu bahawa semua murid melayu menengah tiga harus mengambil bahagian dalam pertandingan inidi peringkat nasional.Kami semua harus membuat akaun emel sendiri untuk mengakses akaun blog kami.Ia mengambil masa yang agak lama juga kerana terdapat sedikit kegenjotan.Daripada semua permainan tradisional melayu,saya rasa congkak dan chaptehlah yang menyerlah.Kedua permainan tradisional ini amat terkenal dan masih juga diminati.Congkak selalunya diminati oleh kaum perempuan manakala chapteh pula selalunya diminati oleh kaum lelaki.Saya memang minat untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi tentang congkak dan chapteh dan sebab itu saya mengambil keputusan untuk membuat kajian tentang permainan tradisional tersebut.Harap-harap berjaya! :D