Haiqal sedang fokus bermain chapteh. RAKAMAN VIDEO HAIQAL YANG SEDANG BERMAIN CHAPTEH: TEMUBUAL BERSAMA HAIQAL: Saya:Yang manakah permainan tradisional melayu kegemaran kamu,chapteh atau congkak?Mengapa? Haiqal:Chapteh kerana ia seperti bermain bola di mana memerlukan pemain menggunakan kaki.Congkak lebih untuk permainan perempuan. Saya:Apa pengetahuan kamu tentang chapteh dan congkak? Haiqal:Congkak memerlukan dua pemain.Chapteh pula lebih fisikal berbandingkan dengan congkak. Cikgu saya berasa girang dan seperti waktu zaman kecil-kecil. Saya:Yang manakah permainan tradisional melayu kegemaran cikgu,chapteh atau congkak?Mengapa? Cikgu:Kedua-duanya.Lagi-lagi sewaktu saya kecil.Permainan chapteh dan congkak murah dan menyeronokkan. Saya:Apa pengetahuan cikgu tentang congkak dan chapteh? Cikgu:Orang tua-tua selalu memberitahu bahawa congkak tidak boleh dimain ketika maghrib kerana ada penunggunya.Congkak harus menggunakan strategi dan pemikiran.Chapteh pula lebih dimainkan oleh kaum lelaki dan boleh dibuat sendiri. Rakaman video:Cara untuk bermain congkak Rakaman video:Cara untuk bermain chapteh Dalam entri seterusnya,saya akan bincangkan dapatan survey saya mengenai permainan tradisional yang digemari oleh cikgu saya dan juga kawan saya yang sebaya dengan saya.Dari sini,kita semua boleh lihat perbezaan minat daripada zaman cikgu saya ke zaman kita sekarang.Saya juga akan bertanya akan pengetahuan mereka mengenai congkak dan chapteh.Cikgu saya seorang wanita dan kawan saya pula seorang lelaki dan dari ini,saya boleh lihat jika pemilihan di antara congkak atau chapteh ini berdasarkan jantina atau tidak. Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan: Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan: Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Cara bermain: 1)Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. 2)Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah. 3)Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. 4)Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara. CONGKAK Cara bermain: 1)Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2)Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. 3)Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4)Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
| Si Gadis <3 Nur Irra Syahirah. 15//23 Julai 1993. Menengah 3E2. Sekolah Menengah Guangyang.
Komen
Sangkut-paut Kristie Hafizah Haiqal link link link link
Penghargaan basecodes:2 background: 3 June 2008 July 2008
|